TIPS UNTUK MENGENALPASTI JENIS KULIT ANDA

Untuk mengenal pasti jenis kulit, anda perlu :

1. Bersihkan muka anda dari sebarang solekan
2. Tunggu 10 minit selepas muka dibersihkan untuk memastikan samaada kulit anda berminyak ataupon tidak
3. Lihat kulit muka anda di bawah cahaya terang

setelah anda dapat mengenalpasti jenis kulit anda, anda perlu menjawab 4 soalan di bawah :

1. Adakah anda alahan pada benda makan dan minum? (cth : makanan laut)
2. Adakah anda alahan pada bahan yang disentuh @ disapu? (cth : produk skin care, kosmetik)
3. Adakah anda alahan pada benda yang dihidu? (cth : perfume, kucing)
4. Adakah anda alahan pada bahan yang disuntik dan digigit? (cth : ubatan, nyamuk)

Jika anda menjawab YA pada semua @ salah satu soalan di atas, bermakna anda mempunyai jenis kulit yang sensitif.

Contoh, anda sudah mengenalpasti jenis kulit iaitu berminyak dan anda menjawab YA pada salah satu soalan di atas, bermakna jenis kulit anda adalah KULIT YANG BERMINYAK TETAPI SENSITIF.

Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment