Bagaimana kulit kita menua??

Penuaan ialah suatu proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan. Di sepanjang hidup kita, perubahan-perubahan semulajadi terjadi di dalam kimia tubuh yang mempengaruhi fungsi dan penampilan kulit. Kulit kanak-kanak halus dan tiada noda. Seorang remaja pula mengalami pertukaran paras hormon dan peningkatan dalam penghasilan kalenjar minyak. Bagi kulit orang dewasa pula, kalenjar minyak menjadi kurang aktif menyebabkan kulit hilang keanjalannya. Dalam peringkat posmenapaus pula, pertukaran paras hormon mengurangkan penghasilan semula sel-sel kulit dan mengurangkan penghasilan kolagen, jadi kulit menjadi kurang lembut. Namun begitu, kita harus bersyukur kerana penuaan ialah proses yang amat perlahan dan jika kita boleh mengelakkan faktor-faktor tertentu yang berbahaya, kemungkinan kita dapat melewatkan segala tanda penuaan sehinggalah umur kita meningkat.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan penuaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu

1. Faktor terkawal

- Tidur yang mencukupi kerana kulit tumbuh ketika kita tidur iaitu dari jam 11 malam hingga 3 pagi.
- Air yang cukup mengikut berat badan membantu dalam memperbaiki peredaran dan mempercepatkan pertumbuhan sel baru
- Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat diperlukan oleh kulit. Khasiat yang diperlukan oleh kulit ialah protein, vitamin A,C dan E. Elakkan memakan makanan yang berminyak dan mengandungi banyak bahan kimia dan pengawet.
- Tekanan/stress perlu dielakkan untuk kesihatan kulit anda
- Alkohol, ubat-ubatan juga perlu dielakkan bagi melambatkan proses penuaan kulit.

2. Faktor tidak terkawal

- Penuaan semulajadi memang tidak boleh dielakkan tetapi ia boleh dilewatkan melalui penjagaan kulit yang sempurna.
- Cahaya Matahari (UVA,UVB) boleh menyebabkan kulit menjadi kering, kusam, rosak dan berkedut.
   *UVA - Ultra Violet Aging - cahaya matahari yang menyebabkan penuaan
   *UVB - Ultra Violet Burn - cahaya matahari yang menyebabkan kulit terbakar
- Asap dan habuk yang akan menyumbat liang2 kulit muka anda.

Ciri-ciri penuaan kulit adalah :

1. Kandungan air berkurangan dan kulit menjadi kering
2. Tidak bermaya kerana lapisan elastin dan kolagen berkurangan
3. Metabolisme bertambah perlahan
4. Pembaharuan sel semakin perlahan
5. Pigmentasi mula terbentuk
6. Garis-garis halus mula timbul

Berdasarkan ciri-ciri ini, anda perlu memilih produk yang berkesan untuk menentang penuaan pada kulit anda.

No comments:

Post a Comment