beauty skin is healthy skin

Untuk hidup kulit juga memerlukan makanan,minuman dan udara sepertimana benda hidup yang lain. Ramai di antara kita tidak menyedari bahawa kulit di bahagian muka juga perlu mendapat makanan, minuman dan udara yang mengcukupi bagi mendapat kulit yang sihat dan cantik..kerana beauty skin is healthy skin. jangan terlalu ghairah untuk cantik sehingga lupa untuk memberi keperluan asas untuk kulit muka anda..

Kulit hidup dan tumbuh dari dalam ke luar..jadi anda perlu memberikan keperluan asas kulit dari dalam ke luar..ini bermakna makanan yang sihat dan berkhasiat sangat penting untuk menjamin kulit yang sihat..Anda perlu banyak mengambil makanan yang mengandungi sumber protien cthnya ikan, daging, soya, telur dll supaya kulit mendapat makanan bagi pertumbuhan sel dan mengaktifkan kolagen supaya kulit sentiasa anjal. Jika dari dalam anda memberikan khasiat protein kepada kulit muka anda..dari luaran juga anda perlu memberikan makanan kepada kulit..khasiat dari luaran adalah produk skin care yang mengandungi bahan semulajadi dan bebas daripada bahan kimia atau alkohol.

selain makanan, kulit juga memerlukan air yang cukup untuk hidup dan tumbuh. kita dinasihatkan untuk minum air 8 gelas sehari..tahukah anda bahawa 8 gelas sehari itu adalah keperluan untuk mereka yang mempunyai berat badan kurang dari 25kg. jika anda memiliki berat badan antara 25~50kg anda dinasihatkan untuk minum 2 botol besar mineral water dan jika berat badan anda 50~75kg, anda memerlukan 3 botol besar mineral water setiap hari untuk mendapat kulit yang sihat dan cantik. lihat betapa pentingnya air kepada kesihatan kulit anda..jika dari dalam anda minum air yang cukup...bagaimana dgn luaran kulit?? anda memerlukan pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anda dan sekaligus untuk kesihatan kulit.

Tahukah anda bila kulit bernafas? kulit bernafas ketika anda berpeluh..kulit juga memerlukan udara oksigen seperti kita..cuba anda bayangkan jika liang2 kulit muka anda tertutup dan tersumbat? bagaimana kulit anda hendak bernafas?? tahukah anda bagaimana liang kulit muka anda boleh tersumbat? liang2 kulit muka anda boleh tersumbat dengan pemakaian makeup, makanan berminyak yang anda makan, radikal bebas (habuk, asap, ubat-ubatan, stress, cahaya matahari (UV) dll)..jika anda tidak menjaga dan membiarkan liang muka anda tersumbat..anda telah membiarkan kulit muka anda sendiri mati dan mempercepatkan proses penuaan.

Jika anda inginkan kulit yang sihat dan cantik..berilah keperluan asas untuk hidup kepada kulit anda..kerana ramai di antara kita sekarang tua sebelum usia..jadi elakkanlah dari situasi ini berlaku..

sekadar perkongsian..

No comments:

Post a Comment