JANGAN TERLALU GHAIRAH UNTUK CANTIK!!!

Setiap wanita mmg sangat mementingkan kecantikan kulit sehingga lupa kepada kesihatan kulit..sedangkan yang perlu dijaga adalah kesihatan kulit bukannya kecantikan kulit..bila kulit kita sihat..secara automatiknya kulit kita akan cantik..disebabkan keinginan setiap wanita utk cantik membuak2..maka semakin banyaknya la produk2 kecantikan utk kulit di jual dan dipasarkan...tumbuh banyak bak cendawan di musim hujan..semakin banyak permintaan..semakin galak la pengusaha2 kosmetik memasarkan produk masing2..

JANGAN TERLALU GHAIRAH UTK CANTIK!! kerana kita tidak tahu apa isi kandungan di dalam produk kosmetik kita..adakah kandungannya selamat digunakan?? adakah kandungannya dari bahan semulajadi?? anda mesti tahu mengenai perkara itu bukan percaya bulat2 kepada iklan atau penjual2 produk kosmetik..sebaiknya selidik dulu bahan kandungannya dan bagaimana produk itu bertindak dengan kulit anda dan yang paling penting adakah bahan yang terkandung di dalam produk kosmetik anda selamat digunakan..

Antara bahan merbahaya yang banyak digunakan di dalam industri kosmetik adalah ASID HIDROKUINON..Apa itu Asid Hidrokuinon?? Asid Hidrokuinon adalah sejenis bahan kimia penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2..Sifat asal Asid Hidrokuinon adalah sebagai zat produksi Hidrokuinon dimanfaatkan pada proses cuci cetak foto dan sebagai antioksidan karat dan zat2 penstabil dalam cat, bahan bakar motor dan minyak

Kenapa Asid Hidrokuinon banyak digunakan di dalam industri kosmetik? kerana sifatnya sebagai antioksidan dan sebagai depigmenting agent (zat yang mengurangi warna gelap pada kulit)..asid ini banyak digunakan di dalam produk2 pencerahan kulit..Untuk pengetahuan anda, produk2 kosmetik di luar biasanya menggunakan Asid Hidrokuinon di bawah 4% untuk mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia..sedangkan pemakaian Asid Hidrokuinon di bawah 2% dalam jangka masa yang lama dan berterusan boleh menyebabkan hiper pigmentasi dan kanser kulit..Jika anda mengandung..bayi yang anda kandung boleh menjadi cacat kerana kesan sampingannya yang amat tinggi walaupon kadar peratusan penggunaannya amat rendah..Jika pemakaian Asid Hidrokuinon sebanyak 4% dalam jangka masa yang singkat boleh menyebabkan kulit anda mengalami iritasi (gatal2), kulit menjadi merah2 (eritema) dan rasa terbakar..

Negara-negara di Jepun, Kanada, US, Australia telahpon melarang penggunaan Asid Hidrokuinon di dalam produk kosmetik kerana kesan sampingannya yg menyebabkan kanser kulit..dan pada tahun 2008 di Indonesia juga telah melarang penggunaan asid ini di dalam kosmetik dan hanya di benarkan penggunaan di dalam pewarna rambut shj iaitu kadar maksimum 0.3% shj..tetapi di negara kita masih lagi membenarkan penggunaan asid ini di dalam produk2 kosmetik..

Selain itu juga, asid ini banyak digunakan di dalam industri kosmetik kerana kos penggunaan Asid Hidrokuinon yang amat rendah iaitu RM 73.00 untuk 1 kg..dan kesan pemutihan juga amat cepat iaitu pemakaian Asid Hidrokuinon sebanyak 4% boleh di lihat dalam masa 8 minggu shj..so, saya tak rasa hairan jika ramai pengusaha2 produk kosmetik mengeluarkan produk masing2..kerana kosnya yang amat murah dan kesannya yang amat cepat tetapi mereka tidak fikir kesan sampingan jangka panjang pada kulit anda..yang penting duit masuk..sedangkan untuk mendapat pencerahan kulit secara semulajadi perlu menggunakan Licorice abstract yang kos penggunaannya adalah RM 73,000 utk 1 kg dan kesannya juga bergantung pada kulit individu tertentu..

Di sini saya berkongsi dengan anda produk2 kosmetik yang telah di tarik balik kerana penggunaan Asid Hidrokuinon..majoriti produk2 kosmetik ini mendapat pasaran yang meluas tetapi kita tidak tahu penggunaannya boleh menyebabkan kesan yang tidak elok pada kulit..

Produk kosmetik yang di tarik balik - Malaysia

Produk kosmetik yang di tarik balik - Indonesia

Produk kosmetik yang di tarik balik - Indonesia

Di sini saya juga berkongsi dengan anda cara mudah untuk mengesan kehadiran Asid Hidrokuinon di dalam produk  anda dengan memeriksa penutup toner atau krim malam/siang. Sekiranya terdapat kerak-kerak coklat kehitaman pada penutup tersebut, maka wujudlah asid ini di dalam produk kosmetik anda atau anda boleh tuangkan sedikit toner ke atas tisu/kapas muka dan biarkan terdedah pada udara selama beberapa ketika dan toner itu akan berubah warna menjadi coklat.. Selamat mencuba!!

Jika anda sayangkan kesihatan kulit anda..carilah produk2 kosmetik yang betul2 selamat dan bahan kandungannya adalah semulajadi dan seeloknya daripada sayuran/tumbuhan yang organik..

sekadar berkongsi..

No comments:

Post a Comment